Share Ur Link With Us

♥♥♥~Syukran kerana singgah!! Happy Selalu!~♥♥♥

Followers

Tuesday, March 27, 2012

My Hero, My Beloved Daddy!

Wan Ismail bin Wan Musa

Garang tak? Hehehe... Nilah hero kita... Orang yang kita sayang... Orang yang selalu tegas masa kita kecil-kecil dulu... 
Dia bukan sekadar ayah pada kita tapi juga cikgu kita... Dia cikgu kita yang mengajar kita mengaji Al-Quran... Dia yang kenalkan kita kepada huruf Alif Ba Ta...
Semoga dia sentiasa di redhai Allah... Kita sayang ayah kita!

Monday, March 26, 2012

Penantian 19

Nasi goreng hanya berbaki sedikit di dalam pinggan namun Fira masih tidak mampu menghabiskan makanan itu sebaik sahaja wajah Rafiqi menyapa pandangan matanya. Ah, perasaan itu masih menebal di dalam dirinya. Sekilas dia memandang suami di sisi. Suaminya itu tekun menyuapkan nasi ke mulut Mya. Adi dan Amira pula sibuk berceloteh dengan Mak Ucunya. Rafiqi hanya sesekali menyampuk perbualan antara isterinya dan anak-anak saudaranya.
“Mak ucu bila nak bagi adik kat kita orang?” Soal Adi tiba-tiba. Rafiqi yang mendengar sudah tersengih nakal. Natrah menjeling suaminya itu tajam.
“Lambat lagilah, sayang. Nanti bila dah dapat Pak Ucu bagitau ye,” balas Rafiqi dengan sengihan gatal.
“Jangan lambat-lambat sangat, Fiq. Abi tu dah tak sabar nak dapat cucu dari anak bongsu kesayangan dia ni,” usik Rizman. Fira yang mendengar terasa bagai di cekik. Wanita itu bingkas bangun menuju ke singki.
“Apalah abang Man ni. Orang tak naklah,” ujar Natrah dengan rasa malu yang menebal.
“Hai, tak nak anak ke sayang? Sayang jangan nak mengada. Bukan semalam sayang jugak yang cakap nak 10 orang anak?” Usik Rafiqi lagi. Natrah menjeling geram. Bila masa aku bercakap dengan kau? Bukan Rafiqi tak tahu yang dia langsung tidak menegur lelaki itu sebaik sahaja masuk ke dalam bilik. Tempat tidur lelaki itu pun dia tidak ambil peduli. Sebaik sahaja bangun untuk solat Subuh, lelaki itu lebih dahulu bangun daripadanya.
“Jangan nak mengarut!” Marah Natrah lantas bangun menuju ke peti sejuk. Niatnya mahu mengambil buah betik yang di simpannya di dalam peti terbantut apabila Fira tiba-tiba datang dan menolaknya sedikit ke tepi. Natrah terdiam.
“Sayang, petang ni kita pergi ke kebun abi nak?” Natrah memandang Rafiqi yang sudah mengangkat tangan membaca doa usai sahaja makan.
“Nak buat apa?” Soal Natrah dengan wajah innocentnya.
“Kalau kita pergi kebun selalunya buat apa, sayang?” Soal Rafiqi kembali dengan nada geram. Natrah tersenyum simpul.
“Mak ucu, Adi nak ikut boleh?”
“Mira nak ikut jugak!” Jerit anak gadis Liz dengan lantang.
“Amboi, kuatnya suara Mira. Terbangun mama dengan papa korang nanti,” ujar Natrah.
“Oit, kami dah bangun ye,” celah satu suara di depan pintu dapur. Tersengih Liz di sisi Iqbal.
“Kak Liz dengan abang Iq dah macam pengantin baru pulak,” usik Rafiqi.
“Kau jangan nak mengarutlah, Fiq. Abi mana, Fira?” Soal Liz seraya memandang adik keduanya yang sedang sibuk mengemas barang di dalam peti sejuk. Adik bongsunya dilihat tercegat menunggu giliran untuk menggunakan peti sejuk itu.
“Abi lepas Subuh tadi dah keluar ke kebun, kak,” jawab Rizman. Tangannya menyapu nasi yang melekat di pinggir bibir Mya.
“Amboi, awalnya..”
“Awal apanya. Kak Liz tu yang bangun lewat,” usik Rafiqi lagi dengan senyuman nakalnya. Rizman sudah tertawa. Iqbal hanya mampu tersenyum.
“Fiq ni suka sangat kenakan akak,” balas Liz lantas menuruti suaminya ke meja makan. Rafiqi pula mengangkat pinggannya ke singki. Mahu membasuh pinggannya itu namun segera di tegah oleh Fira. Rizman hanya mengerling sekilas. Iqbal sudah berpandangan dengan Liz. Natrah pula hanya berlagak selamba.
“Sayang, abang masuk bilik kejap. Nanti kalau dah siap makan sayang panggil abang ye,” ujar Rafiqi. Natrah mengangguk cuma tanpa niat untuk berkata-kata. Fira yang sedang membasuh pinggan sisa Rafiqi tadi hanya mengekor langkah lelaki itu dengan ekor matanya. Rasa benci terhadap adik sendiri mula bertunas. Ah, kenapa abi mesti kahwinkan Rafiqi dengan Natrah tapi bukan dengan aku? Natrah tidak layak untuk Rafiqi. Rafiqi hak aku!
*****
Niat hati mahu bersendirian dengan isteri namun apakan daya apabila semua keluarganya mahu ikut serta. Rafiqi terpaksa memendam rasa sendiri sedangkan Natrah bukan main gembaira apabila semua orang mengikut mereka. Ah, kacau daun betullah mereka ni! Getus hati Rafiqi.
“Abi..!!” Mahu luruh jantung Rafiqi mendengar jeritan Natrah. Bini aku ni keturunan tarzan ke? Rafiqi keliru sendiri.
“Amboi, dah nak jadi spesis monyet kat atas pokok tu ke?” Sindir Haji Isa yang sedang berehat di pondoknya. Wajah lelaki separuh umur itu kelihatan begitu letih. Bajunya sudah lencun dek peluh.
“Tak baik tau abi cakap macam tu kat adik,” balas Natrah lantas memeluk lengan abinya manja. Fira mengerling benci seraya menarik tangan anaknya ke arah sungai yang agak jauh dari pondok Haji Isa.
“Adik tu memang spesis kat atas pokok tu pun,” Iqbal pula menyokong. Liz tertawa melihat wajah merah Natrah.
“Jahatlah. Adik punyalah cun ni ada pulak samakan adik dengan monyet tu,” rungut Natrah dengan nada merajuk. Rafiqi hanya memerhati. Rizman pula mendapatkan isterinya.
“Mira, Adi, jangan main jauh-jauh,” pesan Liz apabila melihat anaknya semakin jauh ke dalam kebun buah abinya.
“Sayang, abang nak pergi kat sungai sana. Nak ikut tak?” Soal Rafiqi. Matanya memandang sungai jernih yang mengalir turun ke hilir.
“Nak,” balas Natrah dengan nada teruja. Wah, boleh aku mandi sekali ni. Dah lama tak mandi sungai.
Rafiqi menghulurkan tangannya ke arah Natrah. Gadis itu sedikit teragak-agak untuk menyambut huluran suaminya namun akhirnya dia menyambut jua. Sudah di tanam dalam diri bahawa Rafiqi itu suaminya dan dia mesti menghormati lelaki itu. Maya? Ah, perlu ke pedulikan perempuan yang entah dari mana tu?
Tangan mereka bertaut erat. Natrah mengerling ke wajah Rafiqi beberapa kali tanpa di sedari oleh lelaki itu. Dia suamiku. Apa pun yang bakal terjadi aku mesti pertahankan rumah tangga kami. Cinta boleh di pupuk tapi laki seorang ni aje yang aku ada.
“Sayang..”
“Erm..” Rafiqi sudah tersengih-sengih. Natrah memandang Rafiqi dengan dahi berkerut.
“Kenapa?” Soal gadis itu. Pelik dengan kelakuan suaminya itu yang sudah bantai gelak di sebelahnya.
“Bila abang panggil sayang, sayang menyahut jugak ye. Perasanlah tu orang panggil dia,” usik Rafiqi dengan senyuman meleret. Natrah termalu sendiri.
“Jangan nak mengadalah,” ujar gadis itu lantas menarik Rafiqi agar memperepatkan langkah. Fira yang perasan akan kehadiran pasangan itu hanya mampu menjeling tajam.
“Abang, sayang nak mandi boleh?” Soal Natrah dengan lagak mengada-nagada. Rafiqi tersenyum senang.
“Balik nanti mandilah. Tak habisnya air yang TNB salurkan tu,” ujar Rafiqi.
“Alah, orang nak mandi sungai,” balas Natrah dengan nada merajuk. Muncungnya sudah panjang. Rafiqi tergelak senang. Fira sudah tidak senang duduk. Rasa cemburu meluap-luap pada adik sendiri. Suami di sebelah langsung tidak di ambil peduli.
“Degillah sayang ni.”
“Orang nak mandi jugak.”
“Yelah tapi hati-hati,” pesan Rafiqi. Isterinya itu sudah tersenyum gembira.
“Mya, jom join Mak Ucu mandi,” ajak Natrah dengan nada teruja. Fira menjeling tajam.
“Tak payah. Nanti demam,” bantah Fira. Rizman hanya terdiam di sisi isterinya.
Natrah menjulurkan kakinya ke dalam air. Rasa sejuk air menjalar ke segenap urat sarafnya. Hatinya melonjak gembira. Wajahnya di palingkan ke arah Rafiqi yang setia menemaninya di gigi air.
Happy?” Soal Rafiqi. Natrah pantas mengangguk. Tubuhnya perlahan-lahan di bawa ke tengah-tengah sungai yang separas pinggangnya.
“Jangan pergi sebelah sana, sayang,” laung Rafiqi apabila melihat tubuh Natrah perlahan-lahan menuju kea rah air yang berpusar di sebelah hilir sungai.
“Kenapa?” Soal Natrah. Tudung yang di pakainya sudah berkeronyok.
“Bahaya. Sayang naik ajelah. Nanti kita datang lain kali pulak,” ujar Rafiqi yang terasa sedikit tidak senang hati. Fira memandang dengan rasa yang melonjak-lonjak agar adiknya itu hilang di telan air pusar yang tidak besar sangat itu.
“Kedekutlah abang ni. Orang tak puas lagi main air,” rungut Natrah dengan wajah masam mencuka.
“Jangan nak melawan.” Gadis itu merapati Rafiqi yang sudah menghulurkan tangannya. Tangan bersambut namun Natrah masih terasa mahu berendam di dalam air dan akhirnya Rafiqi turut mengalah dan menemani isterinya itu bermain di tebing sungai.

Penantian 18

Suasana riuh rendah di ruang tamu tidak menarik minat Natrah. Dia masih tekun membaca Al-Quran tafsir pemberian arwah umi. Rasa rindu kepada uminya seakan-akan menyesakkan nafas. Biarpun sudah hampir 10 tahun umi kembali kepada Penciptanya namun kenangan bersama umi terasa seperti semalam sahaja baru berlaku. Layanan umi yang menyenangkan hati, senyuman umi yang penuh kasih sayang, pelukan umi yang masih terasa hangat sehingga kini dan semua yang berkaitan dengan umi masih segar diingatan.
Pintu biliknya dikuak sebaik sahaja gadis itu siap membacakan surah Yassin buat uminya. Wajah ceria Rafiqi muncul di sebalik daun pintu. Senyuman manis di hadiahkan buat isterinya itu.
“Assalamualaikum, sayang,” sapa Rafiqi mesra.
“Wa’alaikumsalam.” Balas Natrah acuh tak acuh. Dia menyimpan kembali tafsir itu di atas meja studinya. Telekung masih kemas di kepalanya.
“Kenapa ye sayang suka sangat bertudung bila dengan abang? Macamlah abang ni Pak Badar sebelah rumah tu sampai kena bertudung segala bagai,” rungut Rafiqi.
“Sebelum ni okey je kalau aku pakai tudung. Kenapa baru sekarang nak timbulkan isu ni?” Soal Natrah dengan nada mendatar. Gadis itu pantas bangun dan mencapai tudung bawalnya yang di sangkut pada paku di dinding rumah papan itu.
“Sebab baru sekarang abang sedar yang abang ada wife yang comel,” ujar Rafiqi dengan nada bergurau biarpun semua itu adalah ikhlas dari hatinya. Natrah hanya mencebik seraya menukar tudung dengan telekung tanpa membuang anak telekung.
“Maya tentu lagi comel dari aku,” sinis suara Natrah kedengaran. Rafiqi menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tak habis lagi dengan isu Maya rupanya. Alahai, bini aku ni.
“Abang rasa macam gatal je nak kiss orang malam ni.” Natrah memandang Rafiqi dengan kerutan di dahi apabila lelaki itu semakin menhampirinya.
“Kau jangan nak menggatal boleh tak? Aku karate kau nanti,” ugut Natrah. Rafiqi memang sudah tak betul. Mamat gi-la! Telekung yang tidak sempat di lipat hanya di lemparkan ke atas katil bujang miliknya itu.
“Kalau sayang panggil ‘abang’ kat abang tak boleh ke? Senget ke mulut sayang tu kalau panggil abang macam tu?”
“Eh, suka hati akulah nak panggil apa-apa pun. Ni mulut aku, aku punya sukalah!” Tempelak Natrah tidak berpuas hati. Rafiqi tertawa. Matanya menyoroti wajah manis Natrah dengan pandangan nakal. Natrah pula sudah hilang punca.
“Bukan abang dah bayar ke?” Natrah mencapai towel Rafiqi yang sudah menjadi hak miliknya yang sah lantas dilibas ke arah lelaki itu geram. Lelaki itu masih lagi tersenyum.
“Tak sakitlah,” ujar Rafiqi lagi lantas tertawa melihat wajah merah padam Natrah. Suka benar dia mengusik isterinya itu.
“Baik kau keluar sebelum aku belasah kau,” ugut Natrah lagi. Rasa geram dengan sikap Rafiqi yang semakin menjadi-jadi sekarang betul-betul memeningkan dirinya.
“Amboi, garangnya!”
“Masa kecik dulu bolehlah kau nak buli aku tapi sekarang sorry sikit ye. Kau jangan berangan nak buli aku lagi dah,” ujar Natrah tegas. Terbayang di matanya anak patung Barney miliknya yang telah menjadi buta sebelah atas jasa Rafiqi.
“Eleh, dulu sayang ada Hilmy sebab tu abang tak berani nak buli lebih-lebih. Sekarang ni sayang ada abang je tau. Sayang jangan nak buat sombong dengan abang,” balas Rafiqi dengan senyuman penuh makna. Natrah mengetap bibirnya kuat.
“Kau..”
“Apa? Dulu abang sempat dera Barney sayang tu je, sekarang ni..” Rafiqi tertawa. Natrah menjauhkan dirinya daripada Rafiqi yang seakan sudah bertukar menjadi Voldemort dalam cerita Harry Potter.
“Kau jangan nak mengarut boleh tak?!”
“Penakut jugak sayang abang ni. Ingatkan dah pandai karate ni ada improvement sikit tapi hampeh jugak,” sindir Rafiqi.
“Mana kau tahu aku belajar karate?”
“Abang ada spy, sayang. Jangan ingat kalau abang tinggal jauh, sayang tu terlepas dari abang. Okeylah, abang nak keluar. Nanti apa pulak family sayang fikir,” ujar Rafiqi lantas berpaling ingin menuju ke pintu bilik.
“Gatal..”
Rafiqi tersenyum dengan kata-kata Natrah. Aku di katanya gatal? Tu baru sikit. Kalau aku buat lebih-lebih entah apa lagi yang dia lebalkan aku.
“Abang memang gatal tapi dengan sayang je tau. Tapi kalau sayang tu abang tak tahulah. Bukan main mesra lagi senyum dengan lelaki mana entah. Depan abang senyum macam terlebih gula, kalau kat belakang tak tahulah macam mana,” omel Rafiqi penuh makna seraya berpaling semula ke arah Natrah. Terbeliak mata Natrah melihat Rafiqi yang semakin menghampirinya. Pantas dia berundur ke belakang. Rafiqi tersengih nakal lantas merebahkan dirinya ke atas katil bujang itu.
“Kau jangan nak merepak boleh tak? Zack tu cuma classmate aku je.”
“Kalau classmate je tak apalah. Jangan nak lebih-lebih pulak,” mendatar Rafiqi memberi peringatan. Natrah menjeling tajam. Heh, macamlah dia tu baik sangat!
 “Oh ya, nanti sayang ambil buku cover hijau kat dalam beg kita bersama tu ye. Abang ada tulis something untuk isteri tersayang abang ni,” kata Rafiqi lantas bingkas daripada pembaringannya. Dia pantas membuka pintu bilik dan berlalu keluar ke ruang tamu. Natrah menghela nafas lega. Melayan Rafiqi dah nak sama level macam layan kerenah kambing sekandang. Lagi penat daripada melayan kambing satu kandang tu!
Tanpa berfikir panjang dia pantas membuka bagasi besar gedabak itu. Terbuntang matanya melihat isi bagasi itu. Separuh daripada bajunya ada di dalam bagasi itu. Rasanya semua baju itu dia tinggalkan di rumah Rafiqi. Gadis itu membelek-belek bajunya dan juga.. Merah padam mukanya melihat baju-baju kecik dan seluar keciknya turut terlipat elok di antara seluar kecik Rafiqi.
“Tak guna!” Gumam Natrah. Matanya terpandang buku berkulit hijau yang tersisip kemas di celah-celah timbunan baju mereka. Tangannya pantas mengambil buku itu dan membukanya dengan rakus.
Halaman pertama di buka. Rasa berdebar-debar menguasai dirinya tatkala melihat tulisan tangan Rafiqi yang kemas itu. Satu persatu di baca coretan itu.
Buat isteriku yang tersayang,
Jom baca apa yang abang tulis ni. Sayang jangan nak mengelak pulak! Wajib baca tau!
Natrah tersenyum sendiri. Fiq, kau tak pernah berubah. Suka mengarah orang!
Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:

*Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
*Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
*Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
*Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
*Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
*Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
*Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
*Minta talak.
*Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
*Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
*Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
*Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

Wajib bagi wanita:

*Mengekalkan malu pada suaminya.
*Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
*Mengikut kata-kata dan suruhannya.
*Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
*Berdiri menyambut kedatangannya.
*Berdiri menghantar pemergiannya.
*Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
*Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
*Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
*Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
*Tiada khianat ketika tiada suaminya.
*Memuliakan keluarga suaminya.
*Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
*Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.
Okey, abang mengaku abang just copy and paste je. Tapi abang harap sayang faham apa yang abang cuba sampaikan. Sayangkan dah besar. Dah masuk 20 tahun dah. J
Natrah menutup buku itu kembali. Tiada niat mahu meneruskan bacaan yang selanjutnya. Laki aku ni memang suka buat aku tension plus serabutlah. Nasib badanlah dapat laki sewel macam tu. Tapi tak salah pun apa yang dia tulis tu. Semuanya betul.
Natrah mengemas kembali bagasi tersebut. Baju-bajunya segera di asingkan daripada baju suaminya. Buku berkulit hijau itu masih dalam genggaman. Nak simpan ke nak bagi kat dia balik? Natrah termenung seketika. Simpan sajalah. Mybe ada kegunaannya nanti. Sebaik sahaja siap mengemas, gadis itu pantas berlalu ke ruang tamu menyertai keluarganya.

Penantian 17

Lelaki itu pantas menekan butang hijau sebaik sahaja memandang nama si pemanggil si skrin handphonenya. Natrah di sebelah sudah rasa mahu lari keluar daripada perut kereta itu. Aircond yang menyentuh kulit badannya terasa panas membahang.
“Abang ada kat luar KL ni. Okey, nanti abang call balik. Wa’alaikumsalam,” pantas lelaki itu memasukkan handphonenya kembali ke dalam poket seluar. Wajah sisi Natrah di pandang sekilas. Amboi, asal panas sangat je aku rasa dalam kereta ni? Takkan ada orang cemburu?
“Sayang okey ke ni?” Soal Rafiqi dengan nada romantik. Natrah memandang Rafiqi dengan pandangan meluat.
“Jangan panggil aku macam tu boleh tak? Anis bukan ada pun sekarang ni,” balas Natrah kasar.
“Salah ke kalau abang nak panggil sayang? Ada ke undang-undang yang bagitau seorang suami tak boleh panggil isteri dia sayang?”
“Tak ada..”
So, tak salahkan?”
“Memang tak salah tapi aku tak suka.”
Natrah melemparkan pandangannya ke arah pulau yang nampak sayup-sayup di tengah lautan. Tudung bawal plain berwarna hijau muda beralun-alin di tiup bayu pantai.
“Kenapa sayang tak suka?”
“Sebab aku tak suka kau jadi aku tak suka kau panggil aku sayang.”
“Mana boleh macam tu. Sayang kena suka jugak dekat abang.”
“Sibuklah kau ni. Aku cakap aku tak suka maknanya aku tak sukalah. Kau buat perangai macam budak-budak ni kenapa? Dah buang tabiat?” Tempelak Natrah geram. Matanya mencerlung ke arah Rafiqi tajam. Geram dengan sikap lelaki itu yang berubah tiba-tiba. Entah angin semilir mana yang sudah menghantar perangai mengarut kepada suaminya itu.
“Tak baik bercakap kasar macam tu dengan suami, sayang. Kalau abang tak redha macam mana?”
Alahai, apa kena dengan mamat ni? Ya Allah, pulangkan Rafiqi Azmir saya balik!
“Jangan nak mengadalah!”
“Abang serius ni. Pandang muka abang.”
Natrah membisu. Malas mahu melayan arahan Rafiqi. Lelaki itu dengan selamba memegang kedua-dua belah bahu Natrah dan menarik badan gadis itu mendekatinya. Tergamam Natrah seketika dengan tindakan berani Rafiqi itu.
“Abang sayang kat sayang,” luah Rafiqi jujur. Sejak kita kecil, abang dah sayangkan sayang, desis hati Rafiqi.
“Gi-la!”
“Adui, abang tangah serius ni boleh pulak sayang kata abang gila. Sayang ni tak romantik betullah,” rungut Rafiqi. Hilang terus mood romantiknya.
“Tipu je semua tu,” balas Natrah geram.
“Tipu apa pulak?”
“Kau kata sayang kat aku tapi terang-terang kau curang depan aku.”
“Ni mesti pasal Maya kan? Okeylah. Abang mintak maaf. Abang tahu abang salah sebab tak pernah berterus terang dengan sayang tapi percayalah, Maya takkan jadi sebab untuk sayang cemburu dah lepas ni,” ujar Rafiqi. Mata Natrah di renung dalam.
“Apa maksud kau?”
“Abang akan bagitahu tapi dengan satu syarat,” kata Rafiqi seraya tersengih nakal.
“Syarat apa pulak?”
“Panggil abang kat abang macam sayang panggil depan Anis tadi.” Ternganga Natrah. Gi-la! Tadi pun nak tergeliat lidah aku panggil dia macam tu, sekarang ni nak kena panggil macam tu pulak? Dia memang nak lidah aku terbelit dan tersimpul mati ke?
“Tak nak.”
Fine.” Wajah Rafiqi masam mencuka.
“Bagitahulah.”
“Tak nak!” Rafiqi memalingkan wajahnya ke luar tingkap kereta. Pantai Bukit Keluang begitu sibuk dengan pengunjung yang tidak putus-putus.
“Manja!”
“Siapa manja? Bukan sayang ke?”
“Kaulah. Manja mengalahkan budak kecik.”
“Sayang yang buat abang macam ni.”
“Kau tu dah tua la. Tak payah nak buat perangai macam budak-budak!” Ujar Natrah seraya menolak bahu Rafiqi lembut. Hai, bini aku ni nak goda aku ke?
“Abang tak nak kawan dengan sayang!” Terbeliak mata Natrah mendengar rajuk Rafiqi. Ni dah melebih ni. Gadis itu pantas menarik hidung Rafiqi namun belum sempat dia menarik tangannya kembali Rafiqi terlebih dahulu menyambar tangannya.
“Sayang..” Natrah menelan air liurnya. Kelat. Berpasir. Alahai mamat ni buat muka kasanova dia pulak dah.
“Kau jangan nak buat benda tak senonoh kat sini pulak. Aku terajang kau nanti,” ugut Natrah dengan dada yang berdebar-debar bagai nak pecah. Renungan Rafiqi yang menggoda itu hampir meruntuhkan imannya.
“Ganasnya bini saya ni,” ujar Rafiqi dengan ketawanya. Natrah mengetap bibir menahan geram. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia menghadiahkan sepakan penalti kepada lelaki yang gatal merenyam itu namun memikirkan dia berbaju kurung memang sukar untuknya melakukan aksi ganas itu. Nanti tak pasal-pasal dia yang terkorban.
“Abang nak bermanja dengan sayang abang pun tak boleh ke?”
“Kau dah tak betul ke ni?”
“Rasanyalah.”
“Dah. Jangan nak mengada. Kalau kau nak menggatal, pergi menggatal dengan Maya tu,” arah Natrah. Rafiqi hanya tertawa. Kuat cemburu jugak bini aku ni. Petanda yang baik!
******
Natrah tersedar daripada tidurnya yang lena apabila merasakan kereta yang di pandu Rafiqi sudah berhenti. Kepalanya di palingkan ke arah suaminya itu. Serta merta merah padam mukanya apabila matanya bertembung dengan mata milik Rafiqi. Ternyata lelaki itu sedang meneliti wajahnya saat dia di buai mimpi. Janganlah aku melalut yang bukan-bukan masa aku tidur tadi. Gadis itu pantas meraup wajahnya.
“Kita kat mana ni?” Soal Natrah tanpa memandang ke arah Rafiqi. Dia tahu lelaki itu masih merenungnya.
“Takkan rumah sendiri pun dah tak kenal sayang oi?”
Terpinga-pinga gadis itu seraya memandang ke sekeliling. Rumah sendiri? Hailah, macam mana boleh lupa rumah sendiri ni? Aisehman, buat malu je.
“Jomlah turun. Abi dah lama tunggu tu. Rindu sangat dengan anak manja dia ni,” Ajak Rafiqi seraya membuka pintu kereta dan keluar mendapatkan Haji Isa yang menunggu di hadapan tangga rumah. Lelaki separuh umur itu tersengih memandang Natrah yang baru keluar daripada kereta menantunya. Anaknya itu nampak sedikit kurus berbanding 2 bulan yang lalu.
“Apa khabar, abi?” Soal Natrah seraya menyalami Haji Isa dan menghadiahkan ciuman ke pipi abinya.
“Alhamdulillah abi sihat, sayang. Adik sihat? Abi tengok macam orang tengah mengandung je. Muka tu pucat tak berseri,” usik Haji Isa lantas tertawa. Natrah menjeling geram.
“Abi jangan nak melalut benda yang bukan-bukan,” marah Natrah.
“Itukan doa abi untuk anak manja abi ni..” Haji Isa tersengih seraya mengenyitkan ata ke arah menantu bongsunya itu.
“Abi, handphone adik mana? Rindu ni. Dah dua bulan tak pegang handphone.”
“Ada atas meja kat dalam bilik adik tu.”
“Adik masuk dulu.”
“Eh, beg adik tu siapa nak angkut?”
“Fiq ada. Suruhlah dia. Lagipun adik tak sempat nak kemas apa-apa pun. Adik bawak balik beg sandang comel adik tu aje,” ujar Natrah lantas berlalu masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Rafiqi yang masih tercegat di tangga bawah.
“Apa kejadahlah budak ni. Fiq mesti penat. Pergilah naik dulu. Biar abi yang ambil beg kamu,” pelawa Haji Isa.
“Eh, tak payahlah. Fiq masih okey lagi ni. Biar Fiq yang ambil. Abi pergilah naik dulu. Nanti Fiq menyusul.”
“Fiq, terima kasih ye.” Rafiqi tersenyum manis.
“Fiq ikhlas, abi. Lagipun orang yang Fiq tolong tu kakak ipar Fiq sendiri,” balas Rafiqi.
“Abi pun tak tahu apa yang akan jadi pada Kak Liz kamu tu kalau Fiq tak tolong. Nak harapkan Fira, dia pun tak stabil sangat. Suami dia tu bukan kerja bergaji besar macam kamu,” ujar Haji Isa lantas menepuk bahu Rafiqi beberapa kali. Dia akui menantu lelakinya ini memang boleh di harap. Dia tidak salah memilih Rafiqi biarpun lelaki ini jugalah yang sering membuatkan anaknya menangis sewaktu kecil dahulu.
“Kitakan dah jadi satu keluarga.”
“Fiq dah berbincang ke dengan Aril?”
“Sudah, abi. Aril cakap mungkin bulan depan dia akan balik Malaysia. Dia akan bawak anak dan isteri dia sekali jumpa dengan abi,” jawab Rafiqi penuh sopan. Berkaca mata Haji Isa. Hampir 5 tahun dia tidak bersua muka dengan anak lelakinya itu hanya kerana lelaki itu mengahwini perempuan luar. Dia betul-betul terkilan waktu itu apabila mendapat tahu bahawa anak lelakinya itu telah mengahwini Cristine atau nama Islamnya Nur Ain.
“Dia dah ada berapa orang anak?”
“Alhamdulillah, abi. Dia dah ada dua orang anak sekarang,” jawab Rafiqi jujur. Dia pun sebenarnya masih baru sahaja menghubungi Azril apabila berjaya mencuri masuk ke facebook Natrah. Rupa-rupanya selama ini gadis itu sering berhubung dengan abang sulungnya itu tanpa pengetahuan abi. Apabila abi mengungkit mengenai Azril yang langsung tidak mahu pulang ke tanah air, Rafiqi sedaya upaya memujuk sahabat merangkap abang iparnya itu kembali ke Malaysia. Ternyata usahanya tidak sia-sia.
“Baguslah. Eh, pergilah ambil beg tu. Fiq tentu tak solat Asar lagi ni.”
Rafiqi mengangguk seraya berlalu ke keretanya. Belum sempat dia menutup bonet kereta, kelihatan sebuah kereta Myvi dan diikuti kereta Satria Neo di belakang memasuki halaman rumah. Wajah-wajah ceria Liz, Fira dan suami masing-masing menyapa pandangan Rafiqi. Anak-anak Liz dan Fira yang seramai 3 orang itu berebut-rebut mendapatkan datuknya.
“Baru sampai ke, Fiq?”Soal Liz ramah tanpa rasa kekok kerana membahasakan dirinya kakak walhal Rafiqi lebih tua setahun darinya. Suaminya, Iqbal menghulurkan tangan menyalami Rafiqi begitu juga dengan suami Fira yang berasal dari Kedah itu.
“A’a. Baru je sampai, kak,” jawab Rafiqi. Di kerling ke arah Fira sekilas. Wanita beranak satu itu hanya terdiam. Dia tidak sanggup memandang wajah lelaki yang telah menjadi adik iparnya sedangkan lelaki itulah lelaki pertama yang bertakhta di hatinya sedari zaman remajanya.
“Liz, Fira, mari naik. Buat apa berbual kat situ? Kalau nak berbual mari naik rumah dulu. Rumah abi ni bukan runtuh pun kalau kamu berbual kat dalam,” laung Haji Isa dengan nada menyindir. Liz tersenyum pahit. Terasa kata-kata itu di tuju buat dirinya. Iqbal di sebelah hanya mengangkat bahu. Tahu yang kata-kata itu di tuju tepat buat dirinya. Yelah, anak orang kaya yang biasa hidup mewah sepertinya mana betah tinggal di rumah kayu lama-lama.
“Baik, abi,” balas Rizman seraya menarik lengan Fira menuju ke arah bapa mertuanya. Dia tidak betah berhadapan dengan Rafiqi. Dia tahu siapa di hati Fira sejak mereka belum berkahwin lagi. Dia akui, dia tidak mampu melawan Rafiqi dari sudut apa pun namun rasa kasih buat isterinya itu tak ternilai harganya.
“Jomlah, Fiq,” ajak Liz dengan wajah hambar. Rafiqi mengangguk seraya menurut langkah kakak iparnya itu dengan mengheret bagasi besar gedabaknya. Okey, bukan bajunya sahaja yang ada dalam beg itu tapi baju Natrah sekali. Baju yang di tinggalkan Natrah setelah gadis itu ‘melarikan diri’ dari rumahnya dua minggu lepas.

Penantian 16

Rafiqi sedaya upaya mengelak daripada berjumpa dengan Maya atau Datin Suri sepanjang minggu itu. Sudah di bulatkan dengan marker warna merah di plannernya bahawa hujung minggu ini dia sibuk. Dia mahu balik ke Terengganu dan bermalam di rumah bapa mertuanya. Itu perancangan awalnya jika tiada halangan melintang.
Deringan handphonenya mengejutkan lelaki itu. Pantas handphone di keluarkan dari poket seluar sebelah kanannya. Nombor yang tidak di kenali membuat panggilan masuk. Rafiqi teragak-agak mahu mengangkatnya. Deringan terhenti dan beberapa saat kemudian nombor yang sama tetap muncul di skrin handphone Sony Ericsson Vivaznya itu. Bebrapa orang pelanggan yang turut menjamu selera di gerai itu mengerling ke arah Rafiqi dengan kerlingan tidak senang. Mungkin terganggu dengan nada dering handphone Rafiqi. Dengan rasa terpaksa, lelaki itu menekan butang hijau. Menerima panggilan yang entah dari pelusuk dunia mana.
“Assalamualaikum..” Rafiqi terdiam. Siapa pulak minah ni? Kali kedua pemanggil itu memberi salam barulah Rafiqi menjawab salamnya.
“Boleh saya tahu siapa di sana?” Soal Rafiqi. Seingatnya, nombor ini adalah nombor peribadinya dan hanya keluarga sahaja yang tahu mengenai nombor telefonnya ini. Adakah gadis itu keluarganya? Kalau ya kenapa Rafiqi tidak tahu?
“Kenapa sopan sangat ni?” Soal pemanggil itu kembali dengan tawa yang berpanjangan. Rafiqi mengetap bibir menahan geram.
“Saudari, kalau tak ada hal penting lebih baik saudari simpan kredit tu daripada mengacau suami orang,” ujar Rafiqi dengan suara yang tertahan-tahan.
“Nak call suami sendiri pun tak boleh?”
“Saudari jangan nak main-main dengan saya,” agak kendur suara Rafiqi. Dia tidak mahu mencari gaduh apatah lagi dengan seorang gadis.
“Okeylah. Sorry ye, adik iparku,” ujar suara itu dengan tawa yang masih bersisa. Rafiqi mengerutkan dahi. Adik ipar? Kakak Natrah ke ni?
“Err.. Kak Liz ke ni?” Soal Rafiqi teragak-agak. Dia sedikit kekok untuk memanggil wanita itu kakak kerana dia lebih berusia daripada Liz.
“Ya. Akak ni. Fiq busy ke tu?”
“Tak jugak, kak. Fiq on the way nak balik rumah dah ni. Singgah makan dekat gerai mamat area perumahan Fiq kejap. Kenapa, kak?”
Rafiqi membayar harga makanannya lantas berlalu mendapatkan kereta Persona kesayangannya. Sudah berkali-kali Maya mendesaknya agar menukar kereta memandangkan Rafiqi memang mampu namun lelaki itu berdegil. Masih juga tetap mahu menggunakan khidmat kereta Personanya itu.
“Boleh datang rumah akak tak?”
“Rumah akak? Dekat Cheras ke?”
“A’a. Akak nak mintak tolong Fiq ni,” nada Kak Liz menghairankan Rafiqi. Sejak dia berkahwin dengan Natrah, baru sekali dia berjumpa dengan Kak Liz. Kakak kedua Natrah itu agak pendiam orangnya berbanding dengan Kak Fira yang sedikit lancang mulutnya.
“Kak Liz nak Fiq pergi rumah akak sekarang ke?” Soal Rafiqi.
“Fiq datang lepas Isyak boleh?”
“InsyaAllah. Nanti akak sms alamat rumah akak ye.”
“Okey.”
Selesai sahaja bercakap dengan Kak Liz, Rafiqi termenung memikir. Apa pula pertolongan yang wanita beranak satu itu harapkan daripadanya? Adakah berkaitan dengan Natrah atau masalah yang sedang melanda rumahtangga mereka? Rafiqi tidak mampu mengjangkau lebih banyak kemungkinan-kemungkinan yang lain. Tengoklah nanti macam mana, Fiq.

******

Natrah terpaku memandang lelaki yang sedang bersandar di kereta Persona di hadapan pintu pagar kolej. Belum sempat gadis itu melarikan diri, Rafiqi sudah dapat menangkap kelibatnya. Senyuman manis terukir di wajah lelaki itu. Natrah menjeling benci.
“Hai, Nat..” Tegur satu suara. Natrah pantas berpaling ke belakang. Wajah Anis di sebelahnya sudah berubah. Bimbang jika Rafiqi mengamuk di situ.
“Hai..” Balas Natrah lantas menghulur senyuman semanis mungkin. Rafiqi yang memandang dari kejauhan hanya mampu mengetap bibir geram.
“Awak dah nak masuk kolej ke? Apa kata join saya makan kat Istiqamah?” Pelawa Zakri lembut. Natrah menggeleng perlahan. Memang dia masih sakit hati dengan Rafiqi namun dia tidak sanggup memperlaku Rafiqi seakan dia tidak mengenali lelaki itu.
“Tak apalah, Zack. Saya dengan Anis dah makan tadi. Thanks,” ujar Natrah selembut mungkin. Tidak mahu lelaki itu terasa yang Natrah ingin manjauhkan diri daripadanya.
“Okey. Maybe next time?” Natrah memandang Anis sekilas. Lelaki ini memang tidak pernah mengalah biarpun sudah terang-terangan Natrah menolak.
“InsyaAllah tapi tak janji..”
Zakri tersenyum manis. Natrah menudukkan wajahnya.  Killer smile kot. Gila kalau aku jatuh cinta dengan mamat ni nanti. Tak naklah jadi isteri derhaka. Dahlah aku buat Fiq tu macam member aku aje takkan dengan Zack ni pulak aku nak layan? Mintak simpanglah! Laluan menuju ke kolej Kerawang saat itu agak sibuk dengan pelajar-pelajar yang berpusu-pusu ke tempat parking kenderaan mereka. Natrah pantas menarik Anis berlalu ke arah Rafiqi tanpa menghiraukan pandangan Zakri.
“Assalamualaikum, sayang,” ujar Rafiqi dengan senyuman semanis mungkin. Anis tersipu-sipu malu. Tidak menyangka Rafiqi yang dulunya sedikit dingin begitu romantik dengan sahabatnya itu. Natrah yang mendengar sudah mahu termuntah. Serta merta bisul tumbuh di telinga. Bernanah-nanah telinganya.
“Wa’alaikumsalam,” jawab Natrah dingin. Rafiqi menghulurkan tangannya selamba. Natrah memandang Rafiqi tajam. Bengong ke mamat ni?
“Tak nak salam abang ke?” Soal Rafiqi manja. Terbeliak mata Natrah melihat gelagat Rafiqi. Mamat ni dah gila ke? Baru dua minggu kot aku tinggalkan dia, alih-alih dah jadi bengong macam ni.
“Err..” Teragak-agak Natrah menyambut huluran tangan Rafiqi. Apabila Anis menyikunya barulah dia tunduk mencium tangan suaminya itu. Terasa erat genggaman tangan Rafiqi kala itu.
“Sayang sihat?” Soal Rafiqi lagi. Mahu mengharapkan Natrah menyoalnya memang kucing parsi milik Pak Cik Bakar tu bertanduk dulu gamaknya baru bibir comel isterinya itu berkata-kata.
“Err.. Sihat. Alhamdulillah. A.. Abang sihat?” Soal Natrah kembali apabila mengenangkan Anis di sebelahnya. Rafiqi masih mengenggam erat tangan Natrah. Tangan isterinya itu begitu sejuk. Panik atau terkejut dengan reaksinya pun Rafiqi tidak tahu. Apa yang dia tahu dan pasti, dia betul-betul rindukan isterinya itu.
“Abang tak sihat..”
“Hah? Kau.. Err.. Abang sakit ke?”
Natrah kelam kabut. Rafiqi sakit? Kenapa dia tidak tahu? Ah, macam mana dia nak tahu kalau sekali pun dia tidak pernah menghubungi suaminya itu untuk bertanya khabar. Isteri jenis apakah dia ini? Rasa menyesal menyerbu ke segenap ruang hatinya.
“Abang sakit sebab rindukan sayang,” kata Rafiqi seraya menarik Natrah rapat ke arahnya. Merah padam wajah gadis itu. Anis pula tertunduk malu melihat pasangan yang di rasakan secocok itu.
“Mengadalah abang ni..” Natrah memaniskan wajah biarpun di hati sudah sebal dengan perangai gila Rafiqi. Satu cubitan berbisa hinggap di pinggang Rafiqi namun lelaki itu masih mampu berlagak cool.
“Sayang, jom keluar. Sayang dah tak ada kelas lepas nikan?”
“Ada..”
“Tak adalah, Nat. Kau mengigau ke? Kan kelas kita habis dah,” sampuk Anis mematikan niat Natrah untuk tidak keluar dengan Rafiqi.
“Sayang abang ni muda-muda lagi dah nyanyuk ye,” sindir Rafiqi lantas mengeratkan genggamannya sehingga Natrah terasa sedikit sakit.
“Lupalah, abang,” ujar Natrah seraya merenung wajah Rafiqi yang sedikit kemerahan terkena pancaran matahari biarpun tempat yang mereka berdiri itu sedikit redup.
“Jomlah, sayang.”
“Nis, jomlah sekali,” ajak Natrah. Temannya itu menggeleng.
“Aku tak nak kacau daun. Mesti abang Fiq nak berdua je dengan kau,” tolak Anis lembut. Mahu sahaja Natrah bertukar menjadi Vampire dan menggigit Anis kala itu. Apa punya kawanlah minah ni.
“Baguslah Anis ni. Pandai teka apa yang abang Fiq nak,” puji Rafiqi. Tersengih Anis mendengar pujian daripada suami temannya itu. Aduh, handsome betul laki Nat ni. Melting!
Have a nice day, Nat. Abang Fiq jugak,” ujar Anis seraya membetulkan kedudukan beg sandangnya.
Thanks a lot, sayang!” Balas Natrah dengan jelingan tajam. Rasa geram memuncak buat sahabatnya itu.
“Abang Fiq jaga elok-elok member Anis ni. Dia ni nakal sikit. Kalau nak melintas jalan tu make sure abang pimpin tangan dia sebab minah ni penakut,” kata Anis. Natrah mencubit lengan gadis itu geram. Tersengih Anis sambil mengusap bekas cubitan Natrah yang berbisa itu.
“Sayang abang ni penakut ke? Tak tahu pulak abang. Tapi Anis, kenapa dengan abang Fiq dia okey je?” Soal Rafiqi dengan wajah yang penuh tanda tanya.
“Dia saja je tu nak tunjuk lagak. Tapi Anis sure tiap kali dia melintas mesti ada orang tepi dia kan?” Teka Anis.
“Kalau jalan kat Kuala Lumpur tu memang ramai je orang selalunya.”
Natrah sudah buat-buat sibuk membetulkan beg sandangnya. Dia sememangnya takut untuk melintas jalan. Sewaktu tinggal bersama Rafiqi, apabila suaminya mengajak dia untuk ke mana-mana dia pasti akan pastikan bahawa tempat yang mereka tuju tidak memerlukan dia melintas jalan jadi Rafiqi memang tidak tahu kelemahannya yang satu itu.
“Nanti abang Fiq bolehah tengok bini abang Fiq ni melalak tepi jalan sebab takut nak melintas jalan.”
Natrah sudah mengetuk kepala sendiri. Mahu sahaja dia mencili-cilikan mulut Anis yang tiba-tiba terlebih ramah. Rafiqi pula tertawa seraya mengusap tangan Natrah yang masih kemas di dalam genggamannya. Di kerling sisi Natrah sekilas. Mungkinkah gadis itu takut untuk melintas jalan kerana peristiwa masa kecil mereka?
“Sejak bila sayang takut nak lintas jalan ni?” Soal Rafiqi dengan nada selembut mungkin. Natrah memuncung.
“Bukan salah abang ke?”
“Salah abang? Apa yang abang buat?”
“Abang yang suka takut-takutkan orang. Abang tak ingat ke? Setiap kali abi bawak abang dengan abang Miey keluar ke bandar, abang mesti bagitau orang yang lori akan langgar orang kalau orang lintas jalan sorang-sorang,” cerita Natrah dengan wajah sebal. Rafiqi tertawa lantas mencubit pipi isterinya. Sungguh dia tidak pernah lupa tentang peristiwa itu. Peristiwa yang sering memberi kenangan manis buat dirinya.
“Abang tak pernah lupa, sayang,” ujar Rafiqi perlahan. Dia tidak mahu Natrah mendengarnya namun si isteri sudah dapat menangkap sedikit sebanyak kata-katanya.
“Abang Fiq, Anis masuk dululah ye,” pinta Anis.
“Okey. Thanks tau Anis sebab bagi abang Fiq pinjam budak kecik ni. Nanti abang Fiq belanja,” janji Rafiqi sungguh-sungguh. Anis hanya tersenyum.
Anything je untuk abang dengan Nat. Just take care of her. Jangan usik dia sangat. Nanti kalau dia merajuk, Anis tak nak tolong abang pujuk dia,” ujar Anis dengan maksud mendalam. Rafiqi tersenyum lantas mengangguk memahami maksud kata-kata gadis manis itu.
“Oh ya, esok dah tak ada kelas dan hari Ahad ni cuti tau. Kalau abang nak pinjam lama-lama pun tak apa,” ujar Anis lagi sebelum menghilang di sebalik pintu pagar kolej. Natrah mengetap bibir geram.
“Hari Ahad cuti? Bukan ke memang hari Ahad tu cuti?” Soal Rafiqi yang masih belum menangkap niat sebenar Anis.
“Entah..” Natrah menghembus nafas lega. Jika Rafiqi tidak tahu maknanya tidak perlulah dia menghabiskan cutinya selama empat hari itu bersama Rafiqi.
“Erm.. Takkan Aimy tak tahu?”
“Manalah aku tahu.”
“Jomlah. Panas ni.” Ajak Rafiqi apabila melihat wajah Natrah yang sudah masam mencuka. Gadis itu hanya menurut. Beg sandang dan buku-bukunya di letakkan di seat belakang. Rafiqi membuka pintu kereta untuk gadis itu dan menutupnya kembali sebaik sahaja gadis itu meloloskan diri ke dalam perut kereta.
Hilmy mengecilkan matanya memandang gelagat pasangan yang baru sahaja memasuki kereta Persona itu. Rafiqi? Ah, tak mungkin lelaki itu sudah berbaik dengan Natrah selepas kejadian yang berlaku antara mereka.

Penantian 15

Rafiqi memandang sekitar bilik yang pernah di kongsi bersama Natrah. Bayangan gadis itu terlayar di ruang mata. Senyumannya. Cebikannya. Wajah sedihnya. Perangai manjanya. Rasanya tidak puas dia hidup sebumbung dengan gadis itu. Rindukah aku padanya? Ah, kenapa dengan aku ni?
Bunyi deringan handphonenya mematikan khayalan Rafiqi. Wajah Datin Suri yang terpapar di skrin sedikit sebanyak menghantarkan bebanan kepadanya. Ikutkan hati, dia tidak mahu menerima panggilan itu namun apabila memikirkan tentang status wanita itu padanya, terpaksalah dia menerima panggilan daripada Datin itu.
“Assalamualaikum, mama.”
“Wa’alaikumsalam. Maya ada dengan abang sekarang?” Soal Datin Suri sedikit terburu-buru. Rafiqi mengeluh berat. Ah, perlu apa aku mengeluh?
“Aya ada bagitahu abang yang dia keluar dengan Ivy. Mama baru balik ke ni?” Soal Rafiqi kembali. Setahunya mamanya itu ke Scotland atas urusan kerja.
“Ooo.. Mama baru je sampai pagi tadi, sayang. Sampai je kat rumah, bibik kata Maya dah dua malam tak balik. Mama ingat dia tidur rumah abang,” jawab Datin Suri dengan suara lega.
“Tak adalah, ma. Aya tu mana pernah datang tidur rumah abang. Bukan ke dulu mama jugak yang tak bagi Aya datang rumah abang. Nanti bocor pulak rahsia mama,” ujar Rafiqi dengan nada geram. Datin Suri terdiam. Anak sulungnya itu masih marahkan dirinya kerana peristiwa lampau.
“Mama bukan tak suka abang rapat dengan Maya tapi kalau semua orang tahu macam mana? Mana mama nak letak muka mama ni?” Suara itu kedengaran sedikit sebak. Ah, hati aku lagi sakit jika nak di bandingkan dengan dia,rengus Rafiqi perlahan.
“Mama malu kalau orang tahu yang mama ada abang? Mama malu kalau orang tahu abang ni anak luar nikah mama dengan papa?”
“Abang! Dah berapa kali mama cakap pada abang, abang bukan anak luar nikah. Abang dah ada buktikan? Apa lagi yang abang nak?” Soal Datin Suri geram. Dia sendiri pening dengan gelagat anak-anaknya. Maya dengan perangai degilnya, Rafiqi pula dengan perangai yang kuat merajuknya itu.
“Kalau abang anak mama dengan papa kenapa mama dengan papa sanggup buang abang?” Mahu rasanya Rafiqi menangis saat itu. Menangis kerana terasa diri tidak penting kepada keluarga sendiri.
Ini kali pertama dia berdebat tentang statusnya dengan mamanya. Dia mahukan jawapan. Ya, mungkin sijil kelahiran itu buktinya namun kenapa mama dan papanya sanggup memberinya kepada mak sewaktu dia masih bayi, sewaktu dia masih lagi merah walhal mama dan papanya bukan orang miskin sampaikan tidak mampu menjaga anak sendiri.
“Mama tak buang abang. Papa pun tak pernah buang abang. Percayalah, sayang,” rayu Datin Suri dengan rintihan. Dia tidak mampu membuka aib keluarga sendiri kepada anak sulungnya itu. Biarlah anaknya itu meletakkan kesalahan pada bahunya daripada memarahi dan memusuhi orang yang telah tiada.
“Habis tu kenapa, ma?!”
Suara Datin Suri tidak kedengaran. Hanya esakan sahaja yang menusuk masuk ke halwa telinga Rafiqi.
“Abang tak kisah kalau mama tak sanggup terima abang dalam keluarga mama tapi tolong jangan layan Aya macam orang asing. Dia anak mama. Anak kandung mama. Apa yang menimpa papa tu bukan salah Aya. Dah ajal papa masa tu, ma. Kenapa mama nak salahkan Aya? Mama tak adil tau tak!” Luah Rafiqi geram dan tanpa pamitan, talian terus di matikan. Ah, berdosanya dia kerana memperlakukan seorang ibu begitu.
Rafiqi merenung laptop Applenya. Pemberian arwah papa sewaktu kali kedua perjumpaan mereka. Waktu itu dia masih di tingkatan 5. Masih teringat pesanan papa agar menjaga Maya dan mama jika dia sudah tiada dan Rafiqi tidak menyangka bahawa itu kali terakhir dia dapat menatap wajah papanya. Sewaktu pengebumian papa, Rafiqi di larang ke rumah agam milik papanya. Kata arwah nenek Sofea, Rafiqi hanya anak luar nikah yang tidak saf tarafnya. Dia hanya akan memalukan keluarga sendiri jika ke sana. Mama pula waktu itu hanya diam membisu.
Rafiqi kecewa dengan Datin Suri. Apabila nenek Sofea meninggal barulah mamanya itu munculkan diri di hadapannya dan mengaku bahawa Rafiqi anak kandungnya dan bukan anak luar nikah. Sijil kelahiran Rafiqi menjadi saksi. Terpampang namanya Rafiqi Azmir bin Abdul Rahim di sijil kelahiran itu. Mak angkatnya pula terpaksa mengiakan semua cerita itu. Barulah Rafiqi sedar kenapa mak dan abah membawanya berpindah ke Kelantan setelah mendapat tahu bahawa Abdul Rahim mencari mereka. Ah, semua sudah di tentukan. Tiada apa yang perlu di kesalkan. Mak angkatnya itu juga merupakan emak susuannya jadi dia tidak pernah rasa sedih kerana tidak punya ibu.
Handphonenya kembali berbunyi. Rafael? Ada apa hal adik bongsunya itu mencari dia?
“Ya? Kenapa, Raf?”
“Abang balik tak weekend ni?”
“Abang balik rumah Kak Natrah. Dah janji dengan abi nak balik rumah dia. Kenapa Raf?”
“Raf nak balik. Ingat nak tumpang abang sekali. Kalau macam tu Raf balik dengan member Raf sajalah.”
Rafiqi tersenyum. Adiknya ini memang seorang yang bertolak ansur.
“Okey. Hati-hati tau. Nanti hari Khamis ni abang masukkan duit,” janji Rafiqi.
“Eh, tak payah. Duit yang abang bagi minggu lepas ada lagi. Nanti kalau tak ada Raf mintak dengan abang,” ujar Rafael seraya mengukir senyuman. Walhal dia tahu abangnya itu tidak akan berkira dengannya namun dia tidak mahu memanjakan diri dengan kemewahan abang susuannya itu. Maknya selalu berpesan agar tidak menyusahkan abangnya.
“Okeylah.” Rafiqi terpaksa mengalah.
“Raf blah dulu ye, bang. Ada kelas kejap lagi.”
“Jaga diri baik-baik.”
“Assalamualaikum, bang.”
“Wa’alaikumsalam.”
Rafiqi tersenyum lagi. Bangga kerana punyai adik seperti Rafael. Adiknya itu yang sedang menuntut di USM di dalam bidang sastera seorang yang pandai berdikari tidak sepertinya dahulu yang terlalu manja dengan maknya. Rafael Ikhwan dan Maya Nabila. Kedua-duanya dia sayang!

Penantian 14

Buku Statistic di pandang sekilas. Liar matanya memandang sekitar kampus itu. Gadis itu menghela nafas berat. Kepalanya terasa berdenyut-denyut. Jadualnya begitu padat hari ini. Sebutir nasi pun masih belum di sentuhnya. Hanya air mineral yang menemani tekaknya saban waktu. Seleranya tidak menentu sejak beberapa hari ini. Mungkin perubahan hormon atau persekitarannya sekarang menjadi salah satu faktor perubahan seleranya.
“Adik..” Satu suara menegur. Natrah terkaku tanpa ada niat mahu berpaling mengadap tuan punya suara itu.
“Adik Aimy Natrah. Are you there?” Suara itu seakan-akan menghantar satu getaran ke hatinya. Ah, tenanglah hati!
Natrah perlahan-lahan memusingkan badannya mengadap wajah itu. Terukir senyuman paksa di raut wajah comel gadis itu.
“Adik nampak letih,” sambung suara itu lagi. Natrah menunduk memandang sandal sendiri.
“Encik buat apa kat sini?” Soal Natrah dengan nada formal. Lelaki itu tertawa seraya menyertai Natrah. Lelaki itu duduk mengadap Natrah tanpa meminta keizinan. Riak wajah Natrah sedikit berubah namun sedaya upaya dia cuba melindungi riak tidak senangnya itu.
“Kenapa berencik-encik dengan abang pulak ni? Kita bukan dalam kelas sekarang ni. Adik sihat?” Soalan lelaki itu mengundang kerutan di wajah Natrah. Bukankah baru semalam lelaki itu berjumpa dengannya? Perlu apa pertanyaan itu?
“Kenapa encik tanya macam tu?”
“Adik, please. Abang tak selesa bila adik panggil abang macam tu,” ujar lelaki muda itu seraya melurut rambutnya yang terjuntai di dahi ke belakang kepala. Natrah mengeluh berat. Seboleh mungkin dia mahu menyembunyikan hubungan antara mereka namun nampak gayanya lelaki itu sengaja mahu mendedahkannya.
“Saya mintak maaf, encik tapi saya tak suka kita macam ni,” kata Natrah berterus terang.
“Kita macam ni? Macam mana tu?”
“Saya tak nak orang fikir yang kita ada apa-apa.”
“Apa salahnya kalau mereka fikir macam tu?”
Natrah meraup wajahnya beberapa kali. Sukar untuknya memberitahu perkara yang satu itu.
“Saya tak suka.”
“Kenapa adik tak suka?”
Natrah mengetap bibir. Lelaki itu memandang Natrah penuh minat. Mahu sahaja Natrah menjerit di telinga lelaki itu dan memberitahu bahawa dia isteri orang. Isteri sahabat lelaki itu sendiri.
“Maaf, encik. Saya ada class. Saya pergi dulu. Assalamualaikum,” ujar natrah lantas mencapai beg sandangnya dan buku berwarna jingga miliknya itu. Langkahnya di atur menuju ke arah MEDEC apabila melihat kelibat Anis dan Intan di situ.
Hilmy hanya memandang pemergian gadis manis itu dengan pandangan hairan. Kenapa gadis itu seakan-akan mahu menjauhkan diri daripadanya sedangkan sewaktu pertama mereka berjumpa gadis itu Nampak begitu gembira? Hilmy bingung memikirkan perangai Natrah. Mungkinkah gadisi itu sudah tahu tentang niatnya? Hilmy menghela nafas berat. Memori lama berputar di kotak fikiran.
“Abang Miey, tengoklah Fiq ni. Dia kacau adik..” Suara kanak-kanak kecil yang comel bertocang kuda itu kembali bermain di minda Hilmy.
“Fiq, kau ni kenapa? Aku dah pesan banyak kali kat kau jangan kacau adik. Kau kacau jugak kenapa?” Soal Hilmy seraya mencerlung marah ke arah Rafiqi yang berumur 11 tahun waktu itu. Biarpun mereka sebaya namun kematangan Hilmy lebih terserlah dan kerana itu jugalah Natrah lebih rapat dengannya. Gadis itu selalu meminta perlindungan daripadanya apabila Rafiqi mengacaunya.
“Aku punya sukalah,” balas Rafiqi yang comot dengan tanah liat di wajahnya. Natrah di sebelah mencebik geram. Azril pula hanya terdiam tanpa sedikit pun mahu membela adik sendiri.
“Kau tak kesian ke kat dia?” Soal Hilmy lagi. Dia menarik tangan Natrah. Gadis kecil itu mula teresak-esak menangis. Matanya merenung lama ke arah anak patung Barney di tangan Rafiqi. Itu adalah hadiah Hilmy kepadanya sewaktu hari jadinya minggu lepas. Dia sangat sayangkan anak patung Barney itu namun Rafiqi membuat onar dengan mencabut mata sebelah kiri anak patung itu.
“Buat apa aku nak kesian kat dia? Budak comot!” Ujar Rafiqi seraya mendekati Natrah dan menarik tocang gadis itu sekuat hati. Terjerit-jerit gadis kecil itu di buatnya. Hilmy terpaku tanpa apa-apa tindakan. Azril pula terdiam melihat tindakan berani mati Rafiqi itu.
“Fiq, apa yang kau buat tu? Aku bagitahu abah kau nanti!” Laungan Kak Liz menakutkan Rafiqi dan segera dia melepaskan tocang Natrah dari pegangannya. Tanpa kata, dia berlari balik ke rumahnya. Natrah pula hanya mampu memandang dengan tangisan apabila anak patung Barneynya di bawa lari oleh Rafiqi.
“Encik Hilmy!” Lelaki itu tersentak daripada lamunan panjangnya. Tercegat Nurin, salah seorang pelajar jurusan business yang berada dalam satu kelas dengan Natrah di hadapan pensyarah muda itu.
“Ya?”
Nurin mendekati Hilmy. Hampir bahunya tersentuh bahu Hilmy namun lelaki itu segera berganjak. Dia tidak mahu mata-mata yang memandang memikirkan sesuatu tentangnya dan Nurin.
“Boleh tak encik explain tentang Law of Contract pada saya? Saya tak berapa fahamlah,” ujar Nurin dengan suara yang agak menggoda.
“Awak tak ada class ke?”
Class dah habis. Nanti pukul 2.30 petang pulak ada class Marketing (Public Relation),” jawab Nurin jujur. Hilmy mengeluh berat. Natrah memang melarikan diri daripadanya.
“Awak duduklah dulu,” jemput Hilmy seraya memandang kerusi di tempat duduk yang berhadapan dengannya, memberi isyarat agar gadis itu duduk di situ. Nurin menurut jua biarpun hati terasa sebal.
“Awak ingat definition of contract secara generally?” Soal Hilmy penuh yakin. Nurin tersengih menunjukkan barisan gigi putihnya.
“Saya rasa saya ingat sikit-sikit,” jawab gadis itu pula. Rambutnya yang berjuntaian di sebak ke belakang.
“Boleh awak bagitahu saya?”
Nurin mula membelek buku Business Law di tangannya namun pantas Hilmy mencapai buku itu daripada pegangan Nurin.
Without this book..” Nurin tersengih. Hilmy menanti.
“Erm.. Generally, contract means an agreement between two parties that is legally binding between them,” ujar Nurin dengan wajah agak kurang yakin.
Good! What are the elements of valid contract? Can you list them for me?” Pinta Hilmy sekadar menguji pengetahuan pelajarnya dan keberkesanan pengajarannya dengan wajah serius. Nurin tersenyum penuh yakin lantas menyenaraikan 8 elemen yang perlu ada untuk sesebuah kontrak itu sah.
Firstly, we have a proposal and acceptance…” Suara Nurin tenggelam dalam keriuhan pelajar-pelajar yang lalu lalang di hadapan gazebo yang mereka duduki. Hilmy begitu serius menerangkan semua perkara yang tidak difahami oleh studentnya itu. Sedaya upaya dia menerangkan setiap elemen di dalam sesebuah kontrak untuk menjadi sah itu agar Nurin faham.
Di satu sudut di hadapan MEDEC, tiga orang pelajar sedang duduk melepak di bangku putih tanpa menghiraukan kesibukan pealajar yang lain. Mereka seperti tenggelam dalam dunia perbualan mereka. Sesekali pandangan mereka berpusat kepada gelagat Hilmy dan Nurin di gazebo di hujung blok C itu.
“Gedik jugak minah tu aku tengok,” ujar Intan dengan pandangan menyampah. Bibirnya mencebik beberapa kali. Tidak senang melihat telatah pelajar dan pensyarah muda itu. Natrah hanya tersenyum.
“Kau dengki ke ni? Bunyi macam cemburu je,” soal Anis dengan senyuman meleret. Intan pula mencebik.
“Tak ada maknanya. Encik Hilmy tu bukan jenis lelaki yang aku suka. He’s quite different,” luah Intan tanpa berselindung. Anis mengerutkan dahi. Natrah memandang wajah Intan yang serius berfikir.
Different? Maksud kau?” Soal Natrah tanpa sempat Anis mengutarakan pertanyaan itu.
“Aku tak ada feel pun bila tengok muka dia or bila dia ada dekat dengan aku. Aku rasa macam dia tu bukan seperti lelaki-lelaki lain,” ujar Intan seraya tersengih. Anis menolak kepala gadis itu perlahan.
“Banganglah kau ni. So, point kau sebenarnya kat sini ialah kau nak bagitau kita orang ni yang kau tak ada hati pun pada Encik Hilmy tu?” Soal Anis.
That’s right, baby!”
“Kau memang patut masuk Hospital Bahagia,” celah Natrah seraya berdiri.
“Kau nak pergi mana ni?” Soal Intan tanpa menghiraukan kata-kata Natrah sesaat yang lalu.
“Aku nak pergi cari coki-coki kejap,” jawab Natrah lantas mengatur langkah memasuki MEDEC. Gadis itu terpaksa berhimpit dengan pelajar yang lain kerana keadaan kedai yang agak kecil itu tidak mampu menampung jumlah pelajar saat itu.
“Nat, air kotak soya satu!” Laung Intan dari depan pintu kedai itu. Dia tidak sanggup berhimpit-himpit di dalam kedai itu semata-mata mahu membeli sekotak air soya.
“Nat tak ada cerita apa-apa ke pada kau?” Soal Anis tiba-tiba.
“Cerita apa?”
“Tentang suami dia or kenapa dia asyik moody sejak seminggu yang lepas?”
“Tak ada pulak.”
“Tentang Encik Hilmy?”
“Kenapa dengan Encik Hilmy?” Intan mengerutkan dahinya.
“Kau tak perasan ke sejak Encik Hilmy jadi pensyarah kat sini, Nat tu susah sangat kalau di ajak ke library? Lebih-lebih lagi kalau subjek Law. Aku tengok dia selalu cuba cari alasan untuk masuk ke kelas lambat,” jawab Anis.
“A’ah. Aku perasan jugak. Encik Hilmy pun tak pernah marah kalau Nat masuk ke kelasnya lewat. Lagipun aku pernah terserempak dengan mereka. Masa tu muka Nat memang nampak macam menggelabah bila jumpa aku,” cerita Intan.
“Musykil aku dengan mereka berdua ni. Nak kata mereka berdua kenal, aku tak pernah dengar perbualan informal pun antara dia orang tu. Asyik formal je tapi tak tahulah kalau di belakang aku,” ujar Anis pula. Intan mengangguk-angguk bersetuju dengan kata-kata Anis.
“Takkan kekasih lama kot?” Anis memandang Intan yang sedang berfikir. Tangannya menolak kepala Intan perlahan. Terpinga-pinga gadis itu dengan tindakan Anis.
“Kau ni kenapa?” Soal Intan.
“Kekasih lama la sangat. Kalau Encik Hilmy tu kekasih lama Nat, kenapa kita tak tahu?”
“Mungkin dia tak nak kita tahu,” jawab Intan.
“Tapi kenapa?”
Maybe dia tak nak kita bagitau hubby dia,” teka Intan.
“Takkan hubby dia tak tahu tentang ni? Bukan ke Abang Fiq tu kawan Nat masa kecik-kecik dulu even Abang Fiq tu suka buli Nat?” soal Anis lagi. Kesimpulan yang mereka buat ternyata tiada hasilnya.
“Entahlah belalang. Aku sendiri pelik dengan perangai Nat sejak kita masuk semester baru ni. Dia jadi semakin pendiam,” ujar Intan.
“Diaorang bergaduh ke?”
Maybe..”
But why?
“Kau ingat aku ni PA si Nat ke?”
“Kenapa pulak?”
“Kau tanya aku tu kenapa? Mana aku tahu diaorang tu bergaduh ke tidak,” kata Intan seraya berdiri lantas menghampiri Natrah yang baru melangkah keluar daripada MEDEC. Sempat gadis itu memberi isyarat agar Anis menutup bicara mereka di situ, tidak mahu Natrah tahu apa yang mereka bincangkan.
“Jomlah masuk kelas. Aku nak jadi yang terawal masuk ke kelas Arab hari ni,” ajak Natrah  seraya menghulurkan sekotak air soya kepada Intan. Gadis itu pantas menyambut.
“Berapa?” Soal Intan merujuk kepada harga air kotak soya itu.
“Aku belanja.”
Thanks!
Mereka bertiga bergegas ke blok C. Bilik C 1-3 itu sudah di penuhi dengan pelajar-pelajar lain. Ternyata sudah ramai pelajar yang mendahului mereka biarpun masa masih terlalu awal untuk pembelajaran bermula. Anis mendapatkan kerusi di hadapan sekali. Intan dan Natrah hanya menurut kerana tiada pelajar yang mahu duduk di kerusi hadapan apabila subjek Arab. Maklumlah, takut kena jawab soalan sebab Ustaz Azizi suka bertanya soalan kepada student yang duduk di kerusi hadapan.
Guys, aku nak ambil masa you all sekejap!” Laung satu suara dari belakang kelas. Serta merta kelas yang bising menjadi senyap sunyi. Zakri begitu serius memandang satu persatu wajah classmatenya.
“Apahal? Nak announce tentang perkahwinan kau ke?” Usik Pajrul dan di sambut dengan gelak ketawa rakan-rakan yang lain. Zakri tersenyum nipis.
“Aku punya weeding lambat lagi. Tunggu orang tu bagi kata putus dulu,” balas Zakri penuh makna seraya melirik ke arah Natrah. Siulan nakal kedengaran menjadikan kelas itu gamat. Natrah menunduk malu. Segan mahu bertentang mata dengan Zakri.
“Nat, Zack tu dah pandai-pandai usha kau depan orang sekarang ni,” bisik Anis dengan perasaan bimbang. Intan terdiam.
“Biarlah dia, Nis. Aku tak pernah bagi harapan pun pada dia. Aku ni isteri orang,” balas Natrah.
“Okey, guys. Aku ada bincang dengan Azlin dan yang lain-lain tentang trip kelas kita hujung minggu ni. Mila cadangkan kita pergi berkelah kat Pantai Batu Buruk dan ada jugak yang cadangkan kita pergi buat BBQ dekat Air Terjun Sekayu. So, apa kata you all? Batu Buruk or Air Terjun Sekayu?”
Kelas begitu bising dengan suara-suara sumbang. Natrah juga tidak ketinggalan mencadangkan tempat-tempat yang menarik baginya. Zakri terdiam melihat gelagat teman-temannya itu.
“Pantai Batu Buruk ajelah. Dekat sikit,” cadang Filzah. Student lain ada yang mengangguk-angguk bersetuju dan tak kurang juga menggeleng-geleng tidak bersetuju. Zakri pening. Matanya terarah ke wajah Natrah. Gadis itu sedang berbincang dengan teman-temannya yang lain.
“Macam ni ajelah. Apa kata kita buat undian,” laung Zakri apabila keadaan kelas sudah tidak terkawal. Rmai yang bersetuju.
“Siapa yang nak pergi berkelah di pantai sila angkat tangan.”
Hampir separuh bersetuju termasuk Natrah. Zakri mengukir senyuman tanpa sedar. Nampaknya Natrah bersetuju dengannya kali ini.
“Okey, nampaknya majoriti nak pergi berkelah kat pantai. So, Azlin akan uruskan tentang kutipan dana daripada you all..” Azlin mengangguk apabila Zakri memandangnya.
Then, Harith akan uruskan tentang pengangkutan kita and Izza akan settlekan tentang tempat kita kat sana nanti,” ujar Zakri penuh berkaliber. Intan terpegun menatap wajah lelaki itu. Mungkinkah perasaan yang satu itu sudah ada buat Zakri?
“Macam mana dengan peralatan? Maksud aku, tikar ke makanan kita kat sana nanti ke. Macam mana tu?” Soal Anis tiba-tiba. Zakri memberi tumpuan kepada Anis seketika.
“Tentang tu aku sendiri akan handle. Aku akan discuss dengan Mak Long aku sama ada dia sanggup bekalkan makanan untuk kita,” jawab Zakri.
“Berapa yang kami kena bayar?” Soal Amir.
“Tentang bayaran tu aku akan announce balik lepas aku settle dengan Harith dan Zakri,” jawab Azlin dengan penuh semangat. Natrah tersenyum. Dia suka dengan cara Azlin mengendalikan sesuatu event dan kerana itu jugalah gadis itu selalu di beri kepercayaan untuk mengendalikan event kelas mereka.
Belum sempat Zakri berkata lebih lanjut, wajah bersih Ustaz Azizi sudah terpacul di hadapan pintu kelas itu. Cepat-cepat mesyuarat mereka bubar dan Ustaz Azizi tenang melangkah masuk ke kelas itu dengan seyuman terlebih gulanya.